XIAOMI semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China, sekali gus membolehkan para pengguna di China mula membeli kenderaan berkenaan.
Sebanyak tiga variasi ditawarkan, pada harga bermula 215,900 Yuan, iaitu sekitar RM141,500.
Xiaomi menyasarkan akan mulakan penghantaran untuk pembeli bermula penghujung April 2024 ini. Xiaomi SU7 ini hadir dalam tiga variasi penawaran.
Model paling asas ditawarkan pada harga 215,900 Yuan atau sekitar RM141,500 yang menawarkan jarak pemanduan 700 kilometer.
Kereta model asas ini turut menawarkan kelajuan mencapai 210km/j, serta pecutan 400Nm. Melengkapkan kenderaan ini juga adalah Xiaomi Pilot Pro ADAS yang merupakan sistem swapandu dikuasakan cip NVIDIA Drive Orin.
Model Xiaomi SU7 Pro pula hadir dengan jarak pemanduan mencapai 830 kilometer. Sementara Xiaomi SU7 Max pula hadir dengan jarak pemanduan 800 kilometer tetapi dengan kelajuan mencapai 265km/j serta disokong sistem swapandu Xiaomi Pilot Max.
Dengan langkah pengenalan ini, ia sekali gus akan memperlihatkan Xiaomi mula menjana kewangan daripada produk dibawah kategori automotif – mempelbagaikan lagi pendapatan syarikat teknologi berkenaan.
Buat masa ini, masih tidak diketahui perancangan Xiaomi berkenaan penawaran kenderaan berkenaan di luar China. - Amanz
Amanz
Fri Mar 29 2024
Xiaomi menyasarkan akan mulakan penghantaran untuk pembeli bermula penghujung April 2024 ini. - Gambar/ Amanz
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
Xiaomi dilapor akan kembali hasilkan cip pemprosesan sendiri
ARM sedang bekerjasama dengan Xiaomi selepas kerjasama dengan Oppo tidak diteruskan.
Xiaomi menjadualkan pengenalan teknologi EV pada minggu ini
CEO Xiaomi mengumumkan akan berkongsi pelancaran teknologi kereta elektrik di bawah Xiaomi secara rasminya pada 28 Disember ini.
Google nyahaktif integrasi produk Xiaomi susulan 'kesilapan visual CCTV'
Isu berkenaan dihadapi oleh pengguna yang memiliki kamera keselamatan pintar Xiaomi Mijia 1080p, salah satu model yang menyokong produk Google Home.
Xiaomi akan buka enam lagi Mi Stores di Malaysia
Pengeluar barangan elektronik pengguna berpangkalan di China, Xiaomi, akan buka enam lagi Mi Stores di Malaysia bulan depan.